Wednesday, March 23, 2016

# Bachelor in Computer Science ! #

Assalamualaikum w.b.t...

Setelah sekian lamanya tak update ini blog, aku dapat rasakan bahawa bukan setakat labah-labah je dah bersarang malahan tikus, lipas dan sekalian binatang dah pandai bersarang kat blog ni.

Okay mukadimah sangat POYO!~

Sebenarnya aku nak cerita yang aku tengah melanjutkan pelajaran ke tahap ijazah sarjana muda, bahasa inggeris dia aku tak ingat. *HAHAHAHA* Nama bidang yang aku apply tetiba dapat ni, Bachelor (Hons.) in Computer Science (CS230) dalam Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) kat YuAiTiYem. Nak kata susah, tak susah mana pun kalau kau patuh dengan jadual belajar yang terkawal. (ketawa dalam perut).

Common lah, kalau nama pun student mesti ada kemalasan walau sikit. Sebab aku banyak sikit malasnya. *HAHAHAHA* Malas banyak gila. Bukan lagi sikit. Ingat senang ke nak jadi orang rajin. Susah tahu. Aku pernah cuba jadi rajin masa tingkatan 3 dulu. Teruk, cuma awal-awal tahun je. Masuk tengah tahun, dah mula-lah malas tu naik menggunung dalam diri ini.

Aku tahu, blog ni bukan ramai mana pun yang nak baca. Usahkan baca, tengok pun idak rasenye*HAHAHAHA* Ate, blog awok ni banyak merapu aje. Mana nak ade benda berilmu dalam ni. Takpe nanti suatu hari aku rajin sikit, aku buat-lah cerpen ke, puisi ke, pantun ke, sajak ke, tak pun aku buat komik sikit, lepas tu aku post kat sini.

Sekian ler setakat ini. Tak ada gambar, nanti aku update gambar ye..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...