Sunday, July 10, 2016

Ramadan vs. Syawal

Assalamualaikum..


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah..


Diharap anda semua dapat menyambut hari raya kali ini dengan penuh kesyukuran dan penuh kenikmatan disamping keluarga dan orang tersayang. Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah  mengurniakan kita nikmat dan umur yang panjang untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal pada tahun ini.

Berbunga betul mukadimah aku kali ni. Rasa nak termuntah lak. *HAHAHAHA* okay-lah, sepanjang awal tahun ni banyak perkara sudah pun berlaku tak kira pada aku atau pada kome. Tahun ni aku diuji dengan cuti raya seminggu di pertengahan final exam anjuran YuAiTiYem. Agak kecewa tapi nak buat macam mana, aku ni sebagai hamba Allah yang kerdil ni terpaksa ler menerima takdir aku sebigini ghope dengan redho...

Tatkala ramai yang masih sihat sejahtera, ada yang diserang sakit-sakit. Tatkala ramai yang masih bernafas, ada yang telah meninggalkan kita. Semua orang pasti akan merasa kehilangan orang yang mereka sayangi. Penyakit ni bukan kita boleh agak bila nak sampai, kan. Kalau dah Allah nak kita rasa sakit, kejap-kejap tu kita dapat. Kalau Allah nak tarik nyawa kita, kejap-kejap tu Allah turunkan malaikat maut cabut nyawa kita. SUBHANALLAH..

Aku pula diuji dengan duit yang makin sikit dipenghujung sem, ehh kemon-lah. Student kot, takkan lari dari masalah kewangan ni. *HAHAHAHA* Aku cuma harapkan 2 paper aku yang ada lagi lepas raya ni aku dapat dengan jayanya. Tak lalu ler nak hadap exam masa raya ni. Tetiba aku rasa kesempitan, tersepit antara exam dan raya. *CEWAHH~*

Sejak meningkat usia 20-an ni, aku makin suka ber-drama. Makin banyak mengadanya dari sebelum ni. Sampai aku main manja-manja dengan parents aku pun adik aku naik meluat (padahal jealous nak mampus dia masa tu, tapi acah-acah merajuk dengan parents aku tak nak layan dia). *HAHAHAHA* Okay, cukup-cukup ler aku merepek dalam post ni. Aku minta diri dulu yer...

Sekali lagi aku ingin ucapkan,

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

*maaf zahir dan batin*


Anak itik makan meggi,
Sampai kita berjumpa lagi.


*Ini cuma gambar hiasan, al-maklum ler hakak minat BTS dah sekarang ni*


Sekian untuk post kali ni. *-^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...