Showing posts with label Studies.. Show all posts
Showing posts with label Studies.. Show all posts

Sunday, July 10, 2016

Ramadan vs. Syawal

Assalamualaikum..


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah..


Diharap anda semua dapat menyambut hari raya kali ini dengan penuh kesyukuran dan penuh kenikmatan disamping keluarga dan orang tersayang. Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah  mengurniakan kita nikmat dan umur yang panjang untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal pada tahun ini.

Berbunga betul mukadimah aku kali ni. Rasa nak termuntah lak. *HAHAHAHA* okay-lah, sepanjang awal tahun ni banyak perkara sudah pun berlaku tak kira pada aku atau pada kome. Tahun ni aku diuji dengan cuti raya seminggu di pertengahan final exam anjuran YuAiTiYem. Agak kecewa tapi nak buat macam mana, aku ni sebagai hamba Allah yang kerdil ni terpaksa ler menerima takdir aku sebigini ghope dengan redho...

Tatkala ramai yang masih sihat sejahtera, ada yang diserang sakit-sakit. Tatkala ramai yang masih bernafas, ada yang telah meninggalkan kita. Semua orang pasti akan merasa kehilangan orang yang mereka sayangi. Penyakit ni bukan kita boleh agak bila nak sampai, kan. Kalau dah Allah nak kita rasa sakit, kejap-kejap tu kita dapat. Kalau Allah nak tarik nyawa kita, kejap-kejap tu Allah turunkan malaikat maut cabut nyawa kita. SUBHANALLAH..

Aku pula diuji dengan duit yang makin sikit dipenghujung sem, ehh kemon-lah. Student kot, takkan lari dari masalah kewangan ni. *HAHAHAHA* Aku cuma harapkan 2 paper aku yang ada lagi lepas raya ni aku dapat dengan jayanya. Tak lalu ler nak hadap exam masa raya ni. Tetiba aku rasa kesempitan, tersepit antara exam dan raya. *CEWAHH~*

Sejak meningkat usia 20-an ni, aku makin suka ber-drama. Makin banyak mengadanya dari sebelum ni. Sampai aku main manja-manja dengan parents aku pun adik aku naik meluat (padahal jealous nak mampus dia masa tu, tapi acah-acah merajuk dengan parents aku tak nak layan dia). *HAHAHAHA* Okay, cukup-cukup ler aku merepek dalam post ni. Aku minta diri dulu yer...

Sekali lagi aku ingin ucapkan,

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

*maaf zahir dan batin*


Anak itik makan meggi,
Sampai kita berjumpa lagi.


*Ini cuma gambar hiasan, al-maklum ler hakak minat BTS dah sekarang ni*


Sekian untuk post kali ni. *-^

Tuesday, April 2, 2013

# It's Final, Again ! #

Assalamualaikum... Hello, peeps!!

See ya again!! I miss ya a lot, gangs... Okay. Kali ni aku sedang sibuk menjalani proses pengulangkajian untuk menghadapi Final Exam for this semester. Aku harap kawan-kawan aku semua boleh mengulangkaji dan menjawab soalan untuk final ni dengan tenang, berjaya dan penuh kasih sayang...

Goodbye !!

Wednesday, February 27, 2013

# Complicated, Conflict. #



آلسّلام عليكم. بسم الله الرحمن الرحيم. 

Salam sejahtera peeps~! Sudah lama tidak hapdet ini belog. *HeHeHe* Wokei-lah. Kali ini aku agak kecewa sebab my favourite person is talking about marriage. Oh, frustrated habis aku bila dengar si dia telah mempunyai kekasih hati dan hanya menanti saat ke jinjang pelamin. No heart feeling wokei? 

“Adik manis tarak cantik-lah kalau you macam ini.” Aku suka jer dekat that person, taklah sampai nak memuja bagai. Sudah memang jodoh si dia dengan kekasih hatinya. Aku di sini hanya mampu mendoakan kebahagiaan untuk si dia dan bakalnya hingga ke akhir hayat. -Amin.- 

Aku ni dikira sedang menjalani saat yang semua orang sudah-sedang-akan rasa. And that is – one-sided love, unrequited love, syok sendiri, dan yang sama waktu dengannya. Aku dah boleh terima yang si dia sudah berpunya, tapi that won’t stop me from continue to like him. *HeHeHe* 

Kalau aku tak boleh suka dia, ramai lagi lelaki yang boleh aku suka dalam diam. Contohnya, si A. Aku selalu nampak dia time kelas LAW jer, time lain-lain sorry to say-lah memang harapan. Sekarang ni aku nak focus kepada si A, sebab he is the only guy that I found interesting. Rather than those guys yang melambak dekat fesbuk tu. 

*HaHaHa* Setiap kali si A ni lalu, aku mesti pandang dia. And for sure-lah orang dekat sebelah aku perasan kan. Hadoi~ Siot jugalah bila budak sebelah aku ni boleh ajak si A tu bersembang. Dah tentunya si A akan pandang ke arah aku untuk bercakap dengan orang sebelah aku tu. Alhamdulillah, aku suka tengok mata dia. Cantik and cute. #__# 

Cukup sudah tentang syok sendiri tu. Now I want to talk about heart feelings, bukan pasal feeling cinta tapi feeling yang taka da kena mengena dengan cinta. Out of that topic. Have you peeps ever been sound direct dengan kawan sendiri? Tepat mengena dengan mood dia yang tak menentu – STRESS - otak bercelaru dengan kerja?? 

The fact is aku pernah bukan sekali, tapi sudah berkali-kali meh. Sejak dari zaman sekolah sudah menjadi kebiasaan aku kena sound direct macam itu. Tapi kekadang tu kalau mood aku pun tak betul, memang aku sentap habis-lah. Not all the time kena tu aku sentap, ada juga time yang aku akan cakap kepada yang tersaksi tu, “No heart feeling.” 

Buat apa nak touching, sentap lebih-lebih. Nanti dia masam muka dengan kita, tak nak tegur terus. Huih, tu dah macam nak putuskan tali persaudaraan jer. Tak baik, tak baik. Ish, Ish, Ish. 


A : Ada, relax. Jangan terasa sangat. 

Aku : Aku relax-lah ni. Buat apa nak terasa hati. Nanti masam muka, tak bertegur pula. 

A : Kau ni dah macam tak ada perasaan pula. 

Aku : Aku memang tak ada perasaan. No heart feeling, beb. 

A : Kau ni memang hati kering betul-lah. 

Aku : *HeHeHe* 

Memang betul pun. Kalau orang yang betul-betul kenal aku mesti tahu aku macam mana. Aku bukan nak brag tapi aku memang tak suka ambil hati dengan apa orang lain cakap. Tapi kalau aku cakap, aku akan fikir banyak kali kot-kot aku tersalah cakap ke. Mana tahu kan. People make mistakes. 

Azam baru aku untuk semester 4 ni is aku nak jaga hati ibu bapa, kawan-kawan, pensyarah and all people surroundings. Tak nak STRESS banyak sangat, banyak-kan bertenang. Bila kena duga, kita kena-lah banyak bersabar. Aku tak nak hilang kesabaran aku sebab perkara yang remeh. 

Macam dekat rumah, aku tak sapu sampah tapi aku kena pandai cover dengan basuh pinggan, susun pinggan or cuci tandas. *Muka pun dah macam mak cik cleaner jer.* Aku kena redha dengan semua tu, muka tak boleh tegang sangat nanti orang takut nak tegur. Most people yang belum kenal aku akan judge aku ni sombong sebab muka aku shows me that I’m like that. 

“Hey! That’s not true.” Aku bukan sombong, cuma malu nak senyum. *HeHeHe* Kang bila aku senyum, orang kata aku nak mengorat pula. Hadei~ Anyway, let’s have a pleasure life and SMILE always! ^__^ 



Never too late – to do anything. (MSS)

Wednesday, February 6, 2013

# Yesterday is a No-Mood-Day. #

Assalamualaikum.

Pertama, sekali nak sedekahkan al-Fatihah buat arwah Pakcik Rosli selaku warden kolej kami kerana telah meninggalkan kami pada petang semalam. Arwah telah kembali ke rahmatullah semasa kami sedang menjalani Test 2. Takziah kepada keluarga arwah.

Semalam : Agak terkejut jugalah time tengah syok plus gelabah menjawab soalan FIN, tetiba masuk sorang hamba Allah ni. Katanya, Pakcik Rosli kemalangan dan meninggal dunia masa dalam perjalanan ke hospital. Memang semua orang terkejut dengar berita tu. Arwah baik orangnya.

Hari ni : Masa kelas MGT tadi, miss buka cerita pasal Pakcik Rosli. Sedih, sebak bila dengar cerita miss tu. "Selepas arwah diselamatkan polis dari kereta yang teruk remuk tu, arwah tanya kepada petugas bomba yang keluarkan dia mana beg yang ada dalam kereta tu. Petugas tu pun carilah. Bila dah jumpa, petugas tu pun bagilah kepada arwah.

Kereta milik kolej yang dipandu oleh arwah Pakcik Rosli.
Klik untuk berita penuh.

Bila petugas tu dah bagi beg kepada arwah, arwah terus peluk beg tu. 'Amanah ni.'" Lepas dengar ayat tu keluar dari mulut miss, terasa sebak sangat. Sebab arwah pegang amanahnya sehingga ke akhir nafas. Begitu amanahnya, arwah. Semoga arwah Pakcik Rosli dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Kedua, peristiwa ni berlaku semalam juga, sebelum Test untuk paper FIN mula. Al-kisahnya berbunyi begini...

Semalam : Lepas kelas MKT,

"Aku keluar dulu dari kelas dan tunggu June dekat luar kelas. Aku rasa macam June keluar lambat sikit, so aku pun terus ke kelas yang kami akan duduk untuk jawab Test. Aku berdiri dekat pintu sebelah kanan, tengok ke dalam kelas. 'Em, nak duduk mana ye? Takpelah, tunggu June datang kejap lagi.'

Tak lama lepas tu, June pun sampai dekat pintu sebelah kiri. June tengok aku and tanya,'Ada, nak duduk mana?' Aku tengoklah empty seat dekat belakang kelas. Aku pun ajaklah June duduk dekat situ. Kami pun melabuhkan punggung kami ke kerusi. Lepas 10 minit duduk, kelas tu dah penuh dengan budak kelas.

Tetiba ada-lah sipolan A ni bersuara kepada sipolan N;

Sipolan A: Kenapa duduk depan? Kenapa tak duduk belakang?

Sipolan N: Ada orang-lah dekat belakang. Takpe-lah.

Kemudian sipolan A ni tanpa segan silu cakap dekat June, 'Eh, tempat ni ada orang-lah. Untuk N dengan S.' Lepas je dengar ayat tu keluar dari mulut dia, aku dengan June saling berpandangan. *#eceh, dah macam drama pula.#* June pun cakap kat aku, 'Ada, jom-lah bangun. Duduk dekat belakang Hanis.' Kami pun angkatlah meja dengan kerusi letak dekat belakang Hanis.

Tikah tanya kenapa kami duduk sini. Aku pun jawablah dengan nada sinis, 'Orang dah tak suka kat kami, bukan boleh buat apa. Kami ni orang yang disisihkan.' *#pfft! Memang tergelak aku lepas tu. Aku mana reti nak buat ayat perli.#8 Kami pun duduklah sembang dan baca sikit-sikit." Aku malas nak layan orang yang duduk bajet hot se-tap tu..

"Ah, ini semua POYO!" *#ayat dari June.#*

Sunday, February 3, 2013

# Good Luck, Friends! #

Assalamualaikum, my beloved friends. I dedicated this entry to all my classmates and to whom ever that I know or that who knew me. Untuk kali ni, aku nak post pasal Test 2 kita yang akan tiba tak lama lagi ni. Se-mat~! Test lagi sehari, aku boleh duk menaip penuh semangat kat blog ni.

Okay-lah, kawan-kawan aku yang aku sayangi dan kasihi sekalian, untuk Test 2 ni aku wish korang a very Good Luck bila nak jawab, Happy Studying and bagi yang belum settle dengan slip, moga dilancarkan urusan nak men-settle-kan slip korang tu.

Test 2 kali ni macam mencabar sikit, sebab first paper je dah subjek membaca and of course-lah kena mengarang and memerah otak nak menjawab soalannya. Tak mengapalah, aku akan berusaha untuk menjawab segala dengan berkat dan usaha aku study and memahamkan apa yang perlu.

My housemates, dear, der. Aku harap korang janganlah STRESS sangat ye, kalau korang STRESS nanti aku pun ter-ikut STRESS sekali. So, hope korang dapat study and menjawab soalan-soalan Test 2 ni dengan tenang and teratur. AMIN~~ ^__^

Jadual Test 2 :

ISNIN : 9.00-10.00 pagi MKT310
SELASA : 4.00-5.30 petang FIN242
KHAMIS : 9.00-10.30 pagi MGT300
JUMAAT : 10.30-11.30 pagi ACC116

Sudah, selamat jalan. Terima kasih~!

Tuesday, January 29, 2013

# Penat & Sedih #

Salam, all! We meet again. This time I'm going to write a little about what happen to me 28/1/2013. It was not a very pleasant day for me, well at first ingat jadual kelas hari ni macam packed gila tapi semuanya buatkan aku jadi STRESS~SS ! Mana tak-nya, dari pagi ada kelas sampai-lah ke petang. Nasib baiklah kelas LAW tak ada.

Bila kelas LAW tak ada, aku macam bolehlah relax sikit. Tapi the facts is, aku makin STRESS~SS ! Mestilah, tetiba malam boleh ada kelas ganti pula. Hhmmm.. Tak apalah, demi cinta aku yang mendalam dekat ilmu itu, aku pergilah menghadap muka lecturer kesayangan aku tu.

Sayang sangat ke? HAHA! (kelakar kejap, nak gelak) Sayang-lah juga. Sebab kerana lecturer-lah kami mampu mendapat ilmu dengan lebih banyak. And for your information, sebelum pergi kelas MKT malam tadi, aku sempatlah belek dekat world wide web untuk mencari meanings bagi satu last sub-topic for chapter three in MKT.

Alhamdulillah kerana berkat broadband June and internet signal yang sangat comel, aku dapatlah apa yang aku nak cari tu. Pasal Problems of Public Relations Consultancy Services @ apa kelemahan perkhidmatan perundingan PR. Credit to blog lecturer yang menyediakan nota ringkas tu. Thank you very much, Ms Sonam.


Huh~ Done with the good part, now the sad part. Tapi sebelum tu, aku nak doakan hati sesiapa yang tak nak pergi kelas LAW tu supaya dibuka dan dilapangkan untuk meringankan kaki dan rajin-rajinlah pergi ke kelas LAW tu. Dah dekat 2 minggu punya kelas skip tau. Ni yang aku paling STRESS~SS !

Okay, done with all that.
Cukuplah setakat ini wahai blog aku yang aku sayang. As-salam Alaikum.

Saturday, January 26, 2013

# Semester 4. #

Assalamualaikum w.b.t.

Pejam celik pejam dah masuk semester 4. Lame jugak lah aku tak mengarang. Dan semakin banyaklah subjek membace yang aku kena belajar. Aku ni bukan minat sangat dengan subjek yang kena bace-bace ni. Kalau bace semua masuk otak tak pelah, ini bace banyak-banyak tapi yang masuk suku jer. Stress aku dibuatnye.

Kali ni lecturer semua okay-okay belaka. Dari subjek ACC sampailah ke subjek MKT. Dari miss comel, miss garang, miss supporting, sampailah ke encik yang serius.

ACC116 - Introduction to Cost Accounting
BAB151 - Arabic Language II
FIN242 - Fundamentals of Finance
LAW299 - Business Law
MGT300 - Information Technology in Business
MKT310 - Principles of Public Relations

First week tu, kelas tak banyak yang ade lecturer macam subjek BAB dengan LAW. Kelas ACC, first expression aku kat miss tu,


"Miss ni gempak lah."



"Miss ni suka sound direct je, se-mart~!"



"Miss ni comel lah tapi garang.".


Kalau time kelas FIN pulak,


"Miss ni pun boleh tahan bestnye."



"Jujurlah, miss ni rajin and bagus."


Masuk kelas MGT, belajar la IT sikit-sikit. Expression kat miss tu pulak macam ni,


"Miss ni best, tapi asal masuk kelas dia je aku mengantuk."



"Suara miss comel la.".


Then dalam minggu yang same, kelas MKT. First lecturer yang ajar miss, tapi miss tu quit and digantikan dengan encik.


"Miss tu boring lah, ade ke patut dia suruh kite salin jawapan untuk test budak dalaman.".


Memang patut pun tukar lecturer. Encik ni bagus, tapi serius sangat. Mase first kelas dengan encik tu, aku dengan June memang suka gelak-gelak. Masuk next kelas kitorang kena tegor, terus tak gelak dah. Serius je memanjang.

Hari Selasa lepas kami ade kelas dengan encik sebab ganti untuk cuti menyambut Maulidur Rasul. Sebelum kelas tu, kami ade kelas BAB. Then bila encik masuk, dia bagi masa 15minit untuk pergi solat. Aku tak pergi atas sebab yang tersendiri.

Encik tu sembang lah dengan sorang budak ni, cakap pasal bahasa Arab, bahasa Cina. Aku tengok jelah, pretend yang aku macam kesah pulak. Tetibe, encik tu tanya aku,

"Ape name kamu?"


"Saya? Syuhada."



"Saya nak tanya ni, kamu jangan marah pulak ye."



"Tanya ape, encik? Tanyalah, kenape?"



"Kamu kan mase mula-mula kelas dengan saya happy-go-lucky. Tapi kenape lepas tu kamu macam take serious. Sampai tak senyum. Kamu terasa hati ke dengan teguran saya?"



"Eh, takde lah, encik. Saya tak ambik hati pun. Saya memang macam tu." Aku gelak sinis.


Kalau ikutkan hati aku time tu, aku nak je jawab macam ni,

"Dah encik serius, saya pun serius lah. Takkan bila encik serius, saya nak gelak memanjang."


Nampak macam jahat sangat pulak aku ni. Oh, lupe pulak pasal lecturer BAB dengan LAW. Agak lame jugak lah menunggu ketibaan dorang. Subjek BAB kami diajar oleh seorang ustaz. Dari perspektif June, ustaz tu agak gatal ye. Bila time tazkirah, mesti sentuh isu kahwin. Tapi bagi aku tu biase je, adatlah lelaki muda. Haha!



Subjek LAW pulak diajar oleh madam ditempah khas dari UiTM. Nama pun dari UiTM, mestilah kami pelajar KKB ni di-anak angkat-kan. Tak hairan lah kalau asal kelas kami pukul 4.30 petang, tapi terpaksa mula pukul 6.30 petang. Maklumlah madam tu busy sebagai ape HEA kat UiTM tu.


Kelas LAW pun boleh tahan mengantuknye sebab kami belajar ramai-ramai dari group A sampailah G dan seterusnye X a.k.a Expert. Semalam hari Jumaat dan kami sepatutnye ade kelas LAW petang tu, tapi dah dekat 2 minggu takde kelas LAW. Stress aku dibuatnye.

Mane taknye, penat aku berjage malam sebelum tu dok siapkan assignment yang kena mengarang samapi 2 karangan tu. Tup-tup, takde kelas pulak. Ah, sudah. Aku mintak sangat lah minggu depan kelas LAW berjalan macam biase.

Okay-lah sampai sini jelah dulu. Laen kali kalau aku rajin, aku update lagi. And by the way, ini belog aku baru buat balik lepas belog lame aku dan condemn dengan izin aku. Haha!

Sekian, wassalamualaikum w.b.t.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...