Saturday, January 26, 2013

# Semester 4. #

Assalamualaikum w.b.t.

Pejam celik pejam dah masuk semester 4. Lame jugak lah aku tak mengarang. Dan semakin banyaklah subjek membace yang aku kena belajar. Aku ni bukan minat sangat dengan subjek yang kena bace-bace ni. Kalau bace semua masuk otak tak pelah, ini bace banyak-banyak tapi yang masuk suku jer. Stress aku dibuatnye.

Kali ni lecturer semua okay-okay belaka. Dari subjek ACC sampailah ke subjek MKT. Dari miss comel, miss garang, miss supporting, sampailah ke encik yang serius.

ACC116 - Introduction to Cost Accounting
BAB151 - Arabic Language II
FIN242 - Fundamentals of Finance
LAW299 - Business Law
MGT300 - Information Technology in Business
MKT310 - Principles of Public Relations

First week tu, kelas tak banyak yang ade lecturer macam subjek BAB dengan LAW. Kelas ACC, first expression aku kat miss tu,


"Miss ni gempak lah."



"Miss ni suka sound direct je, se-mart~!"



"Miss ni comel lah tapi garang.".


Kalau time kelas FIN pulak,


"Miss ni pun boleh tahan bestnye."



"Jujurlah, miss ni rajin and bagus."


Masuk kelas MGT, belajar la IT sikit-sikit. Expression kat miss tu pulak macam ni,


"Miss ni best, tapi asal masuk kelas dia je aku mengantuk."



"Suara miss comel la.".


Then dalam minggu yang same, kelas MKT. First lecturer yang ajar miss, tapi miss tu quit and digantikan dengan encik.


"Miss tu boring lah, ade ke patut dia suruh kite salin jawapan untuk test budak dalaman.".


Memang patut pun tukar lecturer. Encik ni bagus, tapi serius sangat. Mase first kelas dengan encik tu, aku dengan June memang suka gelak-gelak. Masuk next kelas kitorang kena tegor, terus tak gelak dah. Serius je memanjang.

Hari Selasa lepas kami ade kelas dengan encik sebab ganti untuk cuti menyambut Maulidur Rasul. Sebelum kelas tu, kami ade kelas BAB. Then bila encik masuk, dia bagi masa 15minit untuk pergi solat. Aku tak pergi atas sebab yang tersendiri.

Encik tu sembang lah dengan sorang budak ni, cakap pasal bahasa Arab, bahasa Cina. Aku tengok jelah, pretend yang aku macam kesah pulak. Tetibe, encik tu tanya aku,

"Ape name kamu?"


"Saya? Syuhada."



"Saya nak tanya ni, kamu jangan marah pulak ye."



"Tanya ape, encik? Tanyalah, kenape?"



"Kamu kan mase mula-mula kelas dengan saya happy-go-lucky. Tapi kenape lepas tu kamu macam take serious. Sampai tak senyum. Kamu terasa hati ke dengan teguran saya?"



"Eh, takde lah, encik. Saya tak ambik hati pun. Saya memang macam tu." Aku gelak sinis.


Kalau ikutkan hati aku time tu, aku nak je jawab macam ni,

"Dah encik serius, saya pun serius lah. Takkan bila encik serius, saya nak gelak memanjang."


Nampak macam jahat sangat pulak aku ni. Oh, lupe pulak pasal lecturer BAB dengan LAW. Agak lame jugak lah menunggu ketibaan dorang. Subjek BAB kami diajar oleh seorang ustaz. Dari perspektif June, ustaz tu agak gatal ye. Bila time tazkirah, mesti sentuh isu kahwin. Tapi bagi aku tu biase je, adatlah lelaki muda. Haha!



Subjek LAW pulak diajar oleh madam ditempah khas dari UiTM. Nama pun dari UiTM, mestilah kami pelajar KKB ni di-anak angkat-kan. Tak hairan lah kalau asal kelas kami pukul 4.30 petang, tapi terpaksa mula pukul 6.30 petang. Maklumlah madam tu busy sebagai ape HEA kat UiTM tu.


Kelas LAW pun boleh tahan mengantuknye sebab kami belajar ramai-ramai dari group A sampailah G dan seterusnye X a.k.a Expert. Semalam hari Jumaat dan kami sepatutnye ade kelas LAW petang tu, tapi dah dekat 2 minggu takde kelas LAW. Stress aku dibuatnye.

Mane taknye, penat aku berjage malam sebelum tu dok siapkan assignment yang kena mengarang samapi 2 karangan tu. Tup-tup, takde kelas pulak. Ah, sudah. Aku mintak sangat lah minggu depan kelas LAW berjalan macam biase.

Okay-lah sampai sini jelah dulu. Laen kali kalau aku rajin, aku update lagi. And by the way, ini belog aku baru buat balik lepas belog lame aku dan condemn dengan izin aku. Haha!

Sekian, wassalamualaikum w.b.t.

3 comments:

7-one =) said...

hahaha..aku suke ko punye COMMENT pasal ENCIK tuh..
haha...
from-WAN..

A said...

Suke sudah lah. Jangan bagitahu encik lak. Naye aku.. HAHA>>

7-one =) said...

hahaha..oke beb...haha..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...