Wednesday, February 6, 2013

# Yesterday is a No-Mood-Day. #

Assalamualaikum.

Pertama, sekali nak sedekahkan al-Fatihah buat arwah Pakcik Rosli selaku warden kolej kami kerana telah meninggalkan kami pada petang semalam. Arwah telah kembali ke rahmatullah semasa kami sedang menjalani Test 2. Takziah kepada keluarga arwah.

Semalam : Agak terkejut jugalah time tengah syok plus gelabah menjawab soalan FIN, tetiba masuk sorang hamba Allah ni. Katanya, Pakcik Rosli kemalangan dan meninggal dunia masa dalam perjalanan ke hospital. Memang semua orang terkejut dengar berita tu. Arwah baik orangnya.

Hari ni : Masa kelas MGT tadi, miss buka cerita pasal Pakcik Rosli. Sedih, sebak bila dengar cerita miss tu. "Selepas arwah diselamatkan polis dari kereta yang teruk remuk tu, arwah tanya kepada petugas bomba yang keluarkan dia mana beg yang ada dalam kereta tu. Petugas tu pun carilah. Bila dah jumpa, petugas tu pun bagilah kepada arwah.

Kereta milik kolej yang dipandu oleh arwah Pakcik Rosli.
Klik untuk berita penuh.

Bila petugas tu dah bagi beg kepada arwah, arwah terus peluk beg tu. 'Amanah ni.'" Lepas dengar ayat tu keluar dari mulut miss, terasa sebak sangat. Sebab arwah pegang amanahnya sehingga ke akhir nafas. Begitu amanahnya, arwah. Semoga arwah Pakcik Rosli dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Kedua, peristiwa ni berlaku semalam juga, sebelum Test untuk paper FIN mula. Al-kisahnya berbunyi begini...

Semalam : Lepas kelas MKT,

"Aku keluar dulu dari kelas dan tunggu June dekat luar kelas. Aku rasa macam June keluar lambat sikit, so aku pun terus ke kelas yang kami akan duduk untuk jawab Test. Aku berdiri dekat pintu sebelah kanan, tengok ke dalam kelas. 'Em, nak duduk mana ye? Takpelah, tunggu June datang kejap lagi.'

Tak lama lepas tu, June pun sampai dekat pintu sebelah kiri. June tengok aku and tanya,'Ada, nak duduk mana?' Aku tengoklah empty seat dekat belakang kelas. Aku pun ajaklah June duduk dekat situ. Kami pun melabuhkan punggung kami ke kerusi. Lepas 10 minit duduk, kelas tu dah penuh dengan budak kelas.

Tetiba ada-lah sipolan A ni bersuara kepada sipolan N;

Sipolan A: Kenapa duduk depan? Kenapa tak duduk belakang?

Sipolan N: Ada orang-lah dekat belakang. Takpe-lah.

Kemudian sipolan A ni tanpa segan silu cakap dekat June, 'Eh, tempat ni ada orang-lah. Untuk N dengan S.' Lepas je dengar ayat tu keluar dari mulut dia, aku dengan June saling berpandangan. *#eceh, dah macam drama pula.#* June pun cakap kat aku, 'Ada, jom-lah bangun. Duduk dekat belakang Hanis.' Kami pun angkatlah meja dengan kerusi letak dekat belakang Hanis.

Tikah tanya kenapa kami duduk sini. Aku pun jawablah dengan nada sinis, 'Orang dah tak suka kat kami, bukan boleh buat apa. Kami ni orang yang disisihkan.' *#pfft! Memang tergelak aku lepas tu. Aku mana reti nak buat ayat perli.#8 Kami pun duduklah sembang dan baca sikit-sikit." Aku malas nak layan orang yang duduk bajet hot se-tap tu..

"Ah, ini semua POYO!" *#ayat dari June.#*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...